Kelas Interaktif e-Kelas Maxis (Bahasa Inggeris) Tingkatan 1, 2 & 3

11 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2018 bersamaan hari Jumaat, PI Batang Melaka telah mengadakan kelas secara online anjuran Maxis iaitu Kelas Interaktif e-Kelas Maxis dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kelas ini juga dijalankan secara langsung dan serentak dengan PI MAXIS yang lain.

Kelas ini telah dijalankan di bilik latihan PI Batang Melaka dan mengikut peringkat tingkatan masing-masing. Mata pelajaran bahasa Inggeris ini juga diajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan selaras dengan pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3 di sekolah.

Kelas yang dijalankan adalah seperti berikut:

Mata pelajaran Bahasa Inggeris

Kelas

Masa

Tingkatan 1

3.00 - 4.00 ptg

Tingkatan 2

4.00 - 5.00 ptg

Tingkatan 3

5.00 - 6.00 ptg

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali